DASAR PRIVASI DIOR

DASAR PRIVASI DIOR

Kami amat menitikberatkan kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda. Kami amat komited untuk menawarkan perkhidmatan yang disesuaikan khas untuk anda dan pada masa yang sama, turut menghormati privasi dan pilihan anda.

Dasar Privasi ini bertujuan untuk memaklumkan anda dalam cara yang telus, mudah dan lengkap mengenai pemprosesan data peribadi yang anda berikan atau yang kami kumpul melalui pelbagai titik hubungan yang anda gunakan untuk berinteraksi dengan kami (contohnya, di Gedung, Jabatan Pelanggan, shop.dior.com.my, dior.com, media sosial, aplikasi digital, acara), tentang kemungkinan data peribadi anda akan dipindahkan kepada pihak ketiga serta hak dan pilihan anda untuk mengawal data peribadi anda dan melindungi privasi anda.

Untuk versi Bahasa Inggeris, sila tekan di sini. Jika terdapat apa-apa percanggahan, versi Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan.

Dalam Dasar ini, anda akan mendapatkan maklumat tentang

 

SIAPA kami?

Apabila kami menyebut "Dior" atau "kami", kami merujuk kepada LVMH Perfumes And Cosmetics (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat berhad yang dikawal oleh undang-undang Malaysia yang mempunyai pejabat berdaftar di Tingkat 12, Menara Symphony, No. 5, Jalan Prof. Khoo Kay Kim, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran syarikat 199401013101 (298780-T), dan setiap perbadanan berkaitan kami masing-masing (sebagaimana istilah ini ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016), ahli gabungan kami dan syarikat berkaitan kami (termasuk The House of Christian Dior Couture dan The House of Parfums Christian Dior).

Kami adalah pengguna data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda (selepas ini "APDP").

 

WHAT data may we collect about you?

"Data peribadi" bermaksud sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti diri anda sama ada secara langsung (contohnya nama anda) atau tidak langsung (contohnya melalui nombor ID pelanggan yang unik).

Data peribadi yang kami kumpul bergantung kepada titik hubungan interaksi kita, dan juga terhad kepada data yang relevan dan sesuai bagi interaksi tersebut. Pelawat laman web yang melayari Dior.com dan melihat produk, maklumat dan penawaran kami boleh memilih untuk berbuat demikian tanpa mengenal pasti diri mereka, dan begitu juga apabila melihat-melihat di Gedung dan media sosial. Kecuali anda memilih untuk berinteraksi dengan kami melalui titik hubungan tersebut, seperti dengan membuat pembelian di laman kami, mendaftar diri untuk salah satu program atau perkhidmatan kami, atau meletakkan komen atau menekan ‘like’ di dalam talian, pengumpulan data kami adalah terhad kepada penggunan‘cookies’ untuk pelawat laman web.

Untuk pelanggan dan individu lain yang mendaftar diri untuk program atau perkhidmatan, kami perlu mengumpul maklumat relevan tertentu daripada anda. Maklumat yang kami kumpul adalah berkaitan dengan transaksi khusus serta perhubungan keseluruhan kami dengan anda. Misalnya, jika anda membuat pembelian daripada Dior.com atau di gedung kami, kami perlu mengumpul maklumat untuk memproses (dan jika relevan, untuk memenuhi dan menghantar) pesanan anda. Untuk pelanggan dan individu lain yang mendaftar diri untuk program atau perkhidmatan kami, kami secara amnya mengumpul butir-butir hubungan anda, cara pilihan untuk menghubungi anda, dan maklumat anda yang membolehkan kami membuat cadangan kepada anda tentang produk atau perkhidmatan kami yang mungkin menarik minat anda. Kami mungkin menyimpan maklumat tentang pelanggan kami secara terpusat supaya kami dapat menyusunnya di satu lokasi, kerana ini akan membantu kami menguruskan perhubungan kami dengan anda serta pilihan anda.

Bergantung kepada data yang anda sediakan atau yang dikongsi dengan kami, jenis data peribadi yang mungkin dikumpul dan diproses oleh kami mungkin termasuk maklumat berkaitan dengan:

  • Identiti anda (contohnya nama, umur, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, bangsa, butir-butir kad pengenalan / pasport) dan butir-butir hubungan anda (misalnya alamat e-mel, nombor telefon)
  • Minat dan pilihan peribadi anda
  • Pembelian anda (di gedung atau dalam talian, termasuk pesanan anda, nombor penjejakan dan invois pembelian anda, jumlah dan jenis pembelian anda)
  • Maklumat pembayaran seperti maklumat berkaitan dengan kad kredit, kad debit dan/atau butir-butir lain tentang pembayaran anda
  • Maklumat pembayaran seperti maklumat berkaitan dengan kad kredit, kad debit dan/atau butir-butir lain tentang pembayaran anda
  • Permintaan atau maklumat anda yang anda sampaikan melalui jabatan pelanggan kami atau jabatan perhubungan awam kami (sama ada secara bertulis atau lisan) atau diberikan oleh anda semasa interaksi anda dengan kami
  • Acara Dior yang anda hadiri
  • Data kesihatan khusus (contohnya keadaan kulit dan fizikal) jika anda memaklumkan tentang sebarang kesan sampingan yang buruk mengenai sebarang produk kami
  • Sebarang maklumat yang kami anggap perlu atau sesuai dari semasa ke semasa berhubung dengan urusan dan/atau perhubungan anda dengan kami
  • Maklumat yang tersedia kepada orang ramai atau yang boleh diakses oleh orang ramai

Berkenaan dengan pembelian anda, butir-butir bank ini disulitkan melalui pelayan Dior. Pembayaran dibuat melalui platform pembayaran selamat PCI-DSS yang diperakui, dan ditambah dengan langkah-langkah kawalan, untuk memastikan pembelian yang dibuat adalah selamat dan untuk mencegah penipuan.

Data peribadi yang perlu dikumpul oleh Dior ditanda dengan asterisk pada setiap borang pengumpulan data peribadi dan anda wajib memberikan maklumat yang diminta kepada kami. Jika anda tidak memberikan data yang ditanda dengan asterisk, ini mungkin menjejaskan keupayaan kami untuk memberikan produk dan/atau perkhidmatan yang diminta oleh anda dan keupayaan kami untuk memasuki perjanjian yang diperlukan berkaitan dengan penyediaan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda. Maklumat lain adalah tidak diwajibkan dan membolehkan kami mengenali anda dengan lebih rapat dan mempertingkatkan komunikasi dan perkhidmatan kami kepada anda. Kegagalan untuk menyetujui pemprosesan data peribadi anda oleh kami bagi tujuan pemasaran akan menyebabkan kami dan/atau pihak ketiga sah yang dipilih oleh kami tidak dapat menghantar kepada anda maklumat melalui e-mel, pos, cara telekomunikasi (panggilan telefon, SMS, MMS) tentang produk dan perkhidmatan yang berkaitan dan tidak berkaitan oleh kami dan rakan niaga gabungan kami yang kami anggap mungkin menarik minat anda.

Kami mempelawa anda agar memaklumkan kami secara bertulis jika berlaku apa-apa perubahan pada butir-butir hubungan anda dengan menghubungi kami menggunakan butir-butir yang diperuntukkan dalam bahagian bertajuk “Hubungi Kami” di bawah.

 

BAGAIMANA kami mengumpul atau menerima data anda?

Sebagai sebahagian daripada perhubungan kita, kami mungkin mengumpul data peribadi anda melalui titik hubungan berikut:

  • apabila anda menggunakan Dior.com, khususnya apabila anda mendaftarkan akaun dengan kami, dan/atau membeli produk melalui laman web kami dan/atau berinteraksi dengan kami melalui laman web kami
  • apabila anda melawat kami melalui gedung fizikal atau kaunter kami (termasuk sudut dan butik kami di gedung membeli-belah)
  • apabila anda menghadiri acara Dior
  • apabila anda berinteraksi atau menghubungi Jabatan Perhubungan Awam atau Jabatan Pelanggan kami
  • apabila anda mengisi dan/atau melengkapkan borang kami (di gedung atau dalam talian)
  • apabila anda menggunakan aplikasi digital kami
  • apabila anda menyertai sebarang program berkaitan dengan kami yang memanfaatkan anda
  • apabila anda melawat halaman media sosial Dior (termasuk komen/’like’ anda)
  • halaman media sosial anda di mana anda meletakkan kandungan atau komen mengenai Dio
  • apabila anda menekan butang Pengiklanan Media Digital yang relevan dengan Dior
  • apabila anda menekan butang Pengiklanan Berbayar Enjin Carian yang relevan dengan Dior
  • apabila anda berkongsi maklumat dengan penyedia data pihak ketiga
  • anda bersetuju menerima komunikasi daripada kami (melalui e-mel, cara telekomunikasi (seperti SMS, MMS), pos atau platform media sosial)
  • apabila anda turut serta dan/atau menjawab tinjauan atau borang soal selidik kami tentang sama ada anda berpuas hati

Setakat mana anda mendedahkan kepada kami data peribadi individu lain, kami akan mengandaikan, tanpa penentusahan bebas, bahawa anda telah mendapatkan kebenaran individu tersebut bagi pendedahan data peribadi tersebut serta pemprosesannya menurut terma-terma Dasar ini.

 

APA TUJUAN data anda digunakan oleh Dior?

Sebagai sebahagian daripada perhubungan kita, kami akan menggunakan data peribadi anda yang diberikan oleh anda kepada kami untuk pelbagai tujuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • menguruskan pesanan anda
  • menguruskan pesanan anda
  • menguruskan akaun dan profil anda
  • menguruskan akaun dan profil anda
  • menguruskan permintaan anda atau apa-apa aduan dengan Dior yang mungkin dihantar oleh anda kepada kami melalui laman web kami, jabatan perkhidmatan pelanggan kami atau di halaman media sosial kami
  • menguruskan acara Dior yang didaftarkan / dihadiri oleh anda
  • menguruskan tanda kecemasan (‘alert’) yang dihantar oleh anda kepada kami sebagai sebahagian daripada kewajipan pemantauan keselamatan kosmetik (‘cosmetovigilance’) kami (jika ada
  • menguruskan laman kami dan aplikasi digital kami
  • menguruskan dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan, imej dan reputasi kami.
  • menguruskan pembayaran (untuk memastikan transaksi dalam talian adalah selamat, untuk mengelakkan penipuan, untuk insiden pembayaran dan pungutan hutang)
  • menguruskan perkhidmatan kami yang disesuaikan untuk anda (seperti perkhidmatan perundingan kecantikan anda dengan kami)
  • menguruskan pelayaran anda dalam talian melalui ‘cookies’
  • menguruskan akses anda kepada akaun pelanggan anda, memproses dan menjejak pesanan anda
  • kepatuhan dengan kewajipan undang-undang atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang (contohnya penyimpanan invois pembelian, pemantauan keselamatan kosmetik untuk produk kami)
  • memperbaik produk dan perkhidmatan kami, mencegah penipuan, memastikan alat-alat kami adalah selamat atau menyesuaikan komunikasi kami
  • memperbaik produk dan perkhidmatan kami, mencegah penipuan, memastikan alat-alat kami adalah selamat atau menyesuaikan komunikasi kami
  • menghantar maklumat kepada anda tentang tawaran, berita dan acara kami
  • memenuhi sebarang tujuan yang berkait secara langsung dengan tujuan di atas

     

    BERAPA LAMA kami boleh menyimpannya?

    Kami tidak akan menyimpan data peribadi untuk tempoh yang lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami. Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana kami memerlukannya untuk memenuhi tujuan yang ingin dicapai, untuk memenuhi keperluan anda, atau mematuhi kewajipan undang-undang atau perniagaan kami.
    Secara amnya, data peribadi anda akan disimpan dalam pangkalan data pelanggan kami:

    • Jika anda seorang “pelanggan” (iaitu anda telah membeli produk Dior): selama tidak lebih daripada 10 tahun selepas pembelian pertama anda untuk pengurusan perhubungan pelanggan, tetapi tidak lebih daripada 5 tahun untuk pembangunan perniagaan; tempoh ini akan diperbaharui setiap kali anda berinteraksi dengan Dior (contohnya pembelian)
    • Jika anda seorang “bakal pelanggan” (iaitu anda tidak pernah membeli produk Dior tetapi anda berminat dengan jenama Dior): selama tidak lebih daripada 3 tahun; tempoh ini akan diperbaharui setiap kali anda berinteraksi dengan Dior (contohnya bila menyertai acara)
    • Jika anda menghubungi jabatan Perhubungan Awam: selama tidak lebih daripada 10 tahun selepas kali pertama anda menghubungi kami; tempoh ini akan diperbaharui setiap kali anda berinteraksi dengan Dior (misalnya apabila anda meminta maklumat daripada kami)


    Jika ‘cookies’ diletakkan pada komputer anda, kami akan menyimpannya selama tidak lebih daripada 13 bulan.

    Apabila kami tidak lagi memerlukan data peribadi anda, data peribadi anda akan dikeluarkan daripada sistem dan rekod kami atau dijadikan data tanpa nama supaya anda tidak boleh lagi dikenal pasti daripada data tersebut.

     

    SIAPA yang boleh mengakses data anda?

    Data anda adalah untuk perkhidmatan Dior yang menangani permintaan anda. Kami memastikan bahawa hanya orang yang diberi kuasa dengan sewajarnya dapat mengakses data anda jika perlu bagi tujuan yang disebut di atas.

    Kami tidak memberikan data anda kepada pihak ketiga kecuali anda membenarkan kami berbuat demikian atau jika kami dibenarkan oleh undang-undang. Kami juga mungkin mendedahkan data tentang anda kepada pihak ketiga untuk mematuhi kewajipan undang-undang, pengawalseliaan atau konvensional, atau untuk membalas permintaan daripada pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang.

    Kami menyampaikan maklumat anda hanya jika perlu, dan jika boleh, dalam bentuk yang tidak dapat mengenal pasti anda secara langsung, kepada pihak berikut:

    • mana-mana syarikat berkaitan dan sekutu kami, ahli gabungan dan anak syarikat, termasuk mana-mana entiti Dior yang lain dan mana-mana entiti dalam Kumpulan LVMH
    • Pembekal pihak ketiga kami yang dipercayai, termasuk entiti lain dalam kumpulan LVMH, yang bertindak sebagai pemproses menurut arahan kami dan semata-mata bagi pihak kami. Contohnya, kami mengamanahkan perkhidmatan tertentu kepada pihak ketiga yang mengendalikan pengurusan amaran pemantauan keselamatan kosmetik, pihak ketiga yang membantu kami menganjurkan acara kami, pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan IT, agensi komunikasi digital dan perhubungan awam, pihak ketiga yang membantu kami dengan perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan logistik
    • Gedung beli-belah di mana anda membeli produk kami
    • Rakan niaga pihak ketiga, vendor, penyedia perkhidmatan, ejen, kontraktor dan subkontraktor kami yang dipercayai. Contohnya, penyedia perkhidmatan logistik (termasuk mereka yang membantu kami menguruskan pesanan anda. Khususnya, kami mengamanahkan perkhidmatan tertentu kepada pihak ketiga yang mengendalikan penghantaran produk kepada anda), penyedia perkhidmatan pembayaran, penyedia yang memastikan transaksi adalah selamat daripada penipuan, penyedia perkhidmatan penyelesaian pemasaran, penyedia perkhidmatan pengurusan pemasaran dan ramalan komersial melalui media sosial, penyedia perkhidmatan pelanggan, penyedia perkhidmatan penganjuran acara dan juruaudit, perunding, akauntan, peguam kami atau penasihat kewangan atau profesional lain. Sila ambil maklum bahawa rakan niaga ini mungkin bertindak sebagai pengawal data; dalam keadaan sedemikian, mereka mempunyai dasar privasi mereka sendiri
    • Pihak ketiga jika berlaku perubahan pada kawalan, atas sebab undang-undang, atau dengan kebenaran terdahulu daripada anda


    Anda juga mungkin memilih untuk mendedahkan data peribadi anda kepada rakan niaga, pengiklan atau ahli gabungan kami dengan mengikut pautan kepada dan daripada laman web mereka. Sila ambil maklum bahawa laman web ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri dan bahawa kami tidak dapat mengawal bagaimana mereka mungkin menggunakan data peribadi anda.

    Kami juga mungkin menawarkan peluang kepada anda untuk menggunakan log masuk media sosial anda. Sila ingat bahawa dalam keadaan ini, anda berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami. Data peribadi yang dikongsi bergantung kepada seting platform media sosial anda. Sila ambil maklum bahawa rangkaian sosial ini mempunyai dasar privasi mereka sendiri.

     

    BAGAIMANA kami melindungi dan merahsiakannya?

    Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk melindungi data anda daripada hilang, disalahgunakan, dipinda, dimusnahkan atau diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

    Kami telah melaksanakan langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk melindungi data anda daripada hilang, disalahgunakan, dipinda, dimusnahkan atau diakses oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan.

    Apabila anda mendaftarkan akaun anda di dior.com, langkah memasukkan kata laluan peribadi yang mematuhi keperluan keselamatan kami adalah wajib dan adalah sebahagian daripada dasar privasi kami.

     

    BAGAIMANA kami menangani perlindungan rentas sempadan?

    Dior beroperasi di pelbagai negara di seluruh dunia, jadi sesetengah data anda mungkin dipindahkan, diproses, dikumpul, diakses dan/atau disimpan di luar Malaysia. Anda harus menyedari bahawa keperluan perlindungan data dan keselamatan adalah berbeza antara satu tempat dan tempat lain, dan mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan yang sama seperti di negara asal anda. Namun, Dior dan syarikat-syarikat kumpulan kami telah mengambil langkah untuk memastikan tahap perlindungan yang mencukupi untuk data anda tidak kira lokasinya, seperti menggunakan cara pemindahan data yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah (yang mana undang-undang perlindungan datanya dianggap paling ketat di seluruh dunia). Kami juga menghendaki rakan niaga pihak ketiga kami supaya melaksanakan kewajipan pemindahan data yang berkuat kuasa berhubung dengan data peribadi yang diterima oleh mereka bagi pihak kami.

     

    Bagaimana pilihan pelanggan dan hak individu ditangani?

    Selaras dengan undang-undang dan keperluan yang berkuat kuasa, Dior dan syarikat-syarikat kumpulannya telah merumus langkah untuk memenuhi hak individu berkaitan dengan data peribadi yang dipegang oleh kami (atau pihak ketiga kami) tentang mereka seperti yang dikehendaki di bawah APDP. Ini termasuk hak berikut:

    • Hak untuk dimaklumkan: anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang jelas, telus dan mudah difaham tentang bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, dan hak anda. Anda boleh mendapatkan semua maklumat ini dalam Dasar ini.
    • Hak untuk dimaklumkan: anda mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat yang jelas, telus dan mudah difaham tentang bagaimana kami menggunakan data peribadi anda, dan hak anda. Anda boleh mendapatkan semua maklumat ini dalam Dasar ini.
    • Hak untuk meminta pembetulan: anda mempunyai hak untuk meminta data peribadi anda dibetulkan jika tidak tepat atau ketinggalan zaman dan / atau dilengkapkan jika tidak lengkap
    • Hak untuk menarik balik atau membataskan pemprosesan data anda: anda boleh membataskan atau menarik balik kebenaran anda terhadap pemprosesan data anda oleh kami jika pemprosesan tersebut adalah berdasarkan kebenaran.
    • Hak untuk membantah pemasaran langsung: anda boleh berhenti melanggan atau memilih untuk tidak melanggan komunikasi pemasaran langsung kami pada bila-bila masa. Anda boleh berbuat demikian dengan menekan pautan “unsubscribe” dalam mana-mana e-mel atau komunikasi yang dihantar oleh kami kepada anda. Anda juga boleh meminta untuk menerima komunikasi bukan peribadi tentang produk dan perkhidmatan kami.

    Kami menggalakkan individu yang memberikan data mereka kepada kami supaya memastikan data tersebut dikemaskinikan (contohnya jika anda mengubah alamat e-mel, alamat atau nombor telefon anda), supaya maklumat tentang anda dalam fail kami adalah tepat. Kami juga menggalakkan pengguna supaya mengemaskinikan pilihan mereka dengan kami, contohnya berkaitan dengan produk dan kekerapan kami menghubungi anda, supaya kami boleh menyesuaikan perkhidmatan kami agar memenuhi jangkaan dan keperluan anda. Akhirnya, kami menawarkan kepada individu hak untuk menarik balik kebenaran daripada program dan penawaran kami pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, atau untuk melaksanakan mana-mana hak lain, sila hubungi kami menggunakan butir-butir yang disediakan dalam bahagian bertajuk "Hubungi Kami" di bawah. Untuk individu yang meminta akses kepada data mereka, kami juga memerlukan pengesahan untuk memastikan kami tidak memberikan data peribadi kepada orang yang tidak dibenarkan. Dengan menarik balik atau membataskan kebenaran anda terhadap pemprosesan data peribadi anda, akibatnya yang diterangkan dalam bahagian bertajuk "BAGAIMANA kami mengumpul atau menerima data anda?" akan berbangkit. Kami akan memaklumkan anda tentang akibatnya dengan lebih terperinci bergantung kepada jenis permintaan anda.
    Dalam hal ini, kami mungkin memerlukan bukti tentang identiti anda dan butir-butir penuh mengenai permintaan anda sebelum kami memprosesnya.

     

    Bagaimana Dior melindungi privasi kanak-kanak?

    Dior menggunakan amalan yang dirumus untuk memastikan kami tidak mengumpul atau menyimpan sebarang maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Jika kami mengetahui bahawa kami telah dengan silap mengumpul sebarang maklumat daripada sesiapa jua di bawah umur 18 tahun, kami akan memadamkannya dengan serta-merta, kecuali kebenaran ibu bapa atau penjaga sahnya telah diperolehi.

     

    HUBUNGI KAMI

    Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang bagaimana kami memproses dan menggunakan data peribadi anda, atau ingin melaksanakan sebarang hak anda di atas, sila hubungi kami dengan menelefon Jabatan Pelanggan kami di 1300 22 8866, menghantar e-mel kepada onlinecare.my@dior.com.my atau menghubungi kami melalui borang di shop.dior.com.my yang boleh didapati di https://shop.dior.com.my/pages/contact-us .


    MAKLUMAT TENTANG PENGURUSAN ‘COOKIE’

    Bahagian ini membentangkan dasar kami untuk menguruskan ‘cookies’ di laman web dior.com. Bahagian ini bertujuan menjelaskan dari mana datangnya maklumat pelayaran yang diproses apabila anda melawat laman web kami, bagaimana maklumat ini digunakan, dan hak anda.

     

    APAKAH ‘COOKIE’?

    Apabila anda melawat laman web kami, kami mungkin, bergantung kepada pilihan yang dibuat oleh anda, menyimpan fail teks pada peranti anda (komputer, telefon pintar, tablet, dll.) melalui pelayar web anda


    Fail teks ini adalah ‘cookie’. Selagi ‘cookie’ ini sah dan disimpan pada peranti anda, ia membolehkan Dior mengenal pasti peranti anda apabila anda melawat laman web pada masa hadapan.

    Hanya pengeluar ‘cookie’ boleh membaca atau mengubah maklumat yang disimpan di dalamnya.

    Di bawah, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai ‘cookies’ yang mungkin disimpan pada peranti anda apabila anda melawat halaman di laman web dior.com, sama ada oleh Dior atau pihak ketiga, dan bagaimana anda boleh memadamkan ‘cookies’ atau enggan membenarkan ‘cookies’ disimpan pada peranti anda.


    APA TUJUAN ‘COOKIES’ YANG DIKELUARKAN DI DIOR.COM?

     Terdapat beberapa kategori ‘cookie’. Ada yang dikeluarkan secara terus oleh Dior dan penyedianya, dan ada yang dikeluarkan oleh syarikat pihak ketiga.

    • ‘Cookies’ yang dikeluarkan oleh Dior dan penyedianya

    Pelbagai jenis ‘cookie’ mungkin disimpan pada peranti anda apabila anda melayari laman web kami:

    ‘Cookies’ yang dianggap "penting" adalah perlu untuk melayar laman web kami, termasuk memastikan bahawa proses pemesanan berjalan lancar. Jika anda memadamkannya, ini boleh menyebabkan kesulitan apabila melayari laman web kami dan menjadikannya mustahil untuk membuat pesanan. ‘Cookies’ ini mungkin disimpan pada peranti anda oleh Dior atau penyedianya.

    ‘Cookies’ yang dipanggil "Analytical and Personalization" tidak diperlukan untuk melayari laman web kami tetapi akan memudahkan anda melakukan carian dan mengoptimumkan pengalaman pembelian anda.

    Cookies yang dipanggil "Advertising" tidak diperlukan untuk melayar tetapi memberikan anda tawaran pengiklanan yang lebih relevan.

    Jika peranti anda digunakan oleh beberapa orang dan jika satu peranti menggunakan beberapa pelayar web, kami tidak dapat memastikan sama ada perkhidmatan dan iklan yang dihantar kepada peranti anda ditentukan berdasarkan penggunaan peranti oleh anda dan bukan oleh pengguna lain. Keputusan dan tanggungjawab adalah di tangan anda, sama ada anda berkongsi penggunaan peranti anda dan konfigurasi seting ‘cookie’ pelayar web anda dengan orang lain.

    • ‘Cookies’ yang dikeluarkan oleh syarikat pihak ketiga


    ‘Cookies’ dikeluarkan dan digunakan oleh pihak ketiga di laman web kami selaras dengan dasar perlindungan privasi pihak ketiga ini. ‘Cookies’ ini tidak diperlukan untuk melayari laman web kami.

    Kami mungkin memasukkan ‘cookies’ pada aplikasi laman web kami yang dihasilkan oleh pihak ketiga, yang membolehkan anda berkongsi kandungan laman kami dengan orang lain atau untuk memaklumkan orang lain tentang kandungan yang anda layari atau pendapat anda tentangnya. Contohnya adalah butang “Share” dan “Like” untuk rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Pinterest.

    Rangkaian sosial yang menyediakan butang sebegini mungkin dapat menggunakannya untuk mengenal pasti anda, meskipun jika anda tidak menggunakan butang tersebut apabila melayari laman web kami. Kami tidak dapat mengawal proses yang digunakan oleh rangkaian sosial tersebut untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan pelayaran laman web kami oleh anda dan yang dipautkan kepada data peribadi yang disimpan oleh mereka. Sila baca dasar privasi rangkaian sosial tersebut.

     

    MENGURUSKAN ‘COOKIES’ YANG DISIMPAN PADA PERANTI ANDA

    Anda boleh memutuskan sama ada ‘cookies’ disimpan pada peranti anda melalui alat seting ‘cookie’ yang boleh didapati apabila anda klik di sini, dalam ‘cookie banner’ atau dalam ‘footer’ di dior.com

    Anda juga boleh mengkonfigurasi pelayar web anda mengikut kehendak anda, supaya ‘cookies’ diterima dan disimpan pada peranti anda, atau sebaliknya disekat.

    Proses konfigurasi adalah berbeza bagi setiap pelayar web dan biasanya diterangkan dalam menu bantuan pelayar. Kami menggesa anda supaya memahami bagaimana untuk mengkonfigurasi pelayar anda kerana ini membolehkan anda mengetahui bagaimana untuk mengubah pilihan ‘cookie’ anda.

    • Untuk Internet Explorer™: https://support.microsoft.com/en-us/help/17442/windows-internet-explorer-delete-manage-cookies     
    • Untuk Safari: https://support.apple.com/kb/PH19214?locale=fr_FR&viewlocale=en_US
    • Untuk Chrome: https://support.google.com/chrome/answer/95647?hl=en&hlrm=en   
    • Untuk Firefox: https://support.mozilla.org/en-US/kb/enable-and-disable-cookies-website-preferences 
    • Untuk Opera™: http://help.opera.com/Windows/10.20/en/cookies.html 

     

    Sila ambil maklum: apa-apa perubahan yang anda buat pada seting untuk menerima atau menyekat ‘cookie’ di pelayar web anda boleh mengubah pengalaman pelayaran web anda dan proses mengakses perkhidmatan yang memerlukan penggunaan ‘cookies’ ini. Contohnya, jika anda menyekat ‘cookies’ yang penting, anda mungkin tidak dapat membuat pesanan di laman web kami.

     

    Apa manfaat yang diraih apabila melihat tawaran istimewa dan pengiklanan yang disesuaikan dengan pilihan pelayaran anda?

    Langkah ini bertujuan menunjukkan tawaran dan pengiklanan yang paling relevan buat anda. Oleh itu, teknologi ‘cookie’ membolehkan kami memaparkan kandungan, dalam masa nyata, yang paling disesuaikan dengan perkara yang menarik minat anda, seperti yang disimpulkan daripada sejarah pelayaran anda di laman web kami.

    Minat yang anda tunjukkan terhadap kandungan yang dipaparkan pada terminal anda apabila anda melayari sesuatu laman web sering kali akan menentukan sumber pengiklanan bagi laman ini, yang membolehkannya menyediakan perkhidmatannya yang biasanya disediakan secara percuma kepada pengguna. Anda pastinya lebih berminat untuk melihat tawaran dan pengiklanan yang relevan kepada anda, dan bukannya kandungan yang sama sekali tidak menarik minat anda. Begitu juga, Dior dan pengiklan kedua-duanya mahu tawaran dan iklan mereka ditunjukkan kepada pengguna Internet yang kemungkinan besar berminat dengan tawaran dan iklan tersebut.

     

    PERUBAHAN PADA DASAR PRIVASI INI

    Jika Dasar ini diubah, kami akan memastikan bahawa anda dimaklumkan tentang perubahan ini sama ada melalui notis khas di laman web kami, atau melalui amaran yang disesuaikan khas untuk anda, khususnya melalui surat berita kami.

     

    Version dikemaskinikan pada 28th Dec 2020.